Wednesday, September 22, 2010

BULI

Apa Itu Buli?Apakah Itu Kes Buli?
Kes buli membawa maksud masalah yang meliputi kegiatan seperti memeras ugut, menghina, mengejek, menumbuk, memaki dan sebagainya yang dilakukan oleh seseorang terhadap pemangsanya. Memang tidak boleh dinafikan bahawa dewasa ini,kes buli yang berlaku di sekolah semakin berleluasa dan menjadi-jadi. Hal ini telah mencapai satu tahap yang amat merimaskan dan membimbangkan pelbagai pihak seperti pihak sekolah, ibu bapa, kerajaan, masyarakat dan lain-lain lagi.
Menurut kajian, kes buli ini menjadi semakin meningkat pada setiap tahun dalam kalangan
pelajar dan semakin serius masalahnya. “Jika tidak kerana angin masakan pokok bergoyang”.
Oleh itu, setiap masalah yang berlaku tentu mempunyai puncanya.
Punca-Punca……
• kekurangan penghayatan nilai-nilai agama.
Mereka sanggup berbuat demikian hanya untuk mendapatkan perhatian orang lain dan menunjukkan kekuatannya kepada orang lain. Mereka semakin ketandusan nilai kemanusiaan.
• ibu bapa yang kurang memberikan belaian kasihsayang&tidak prihatin.
Ibu bapa yang selalu sibuk mencari duit dan bersikap materialistik telah mengabaikan tanggungjawab mereka terhadap anak mereka.
• terpengaruh dengan tindakan rakan sebayanya.
kawan-kawannya merupakan pembuli, pelajar tersebut juga akan terikut-ikut perbuatan kawannya supaya dapat diterima oleh ahli-ahli kumpulannya.
• Pengawasan yang longgar di sekolah
memberi peluang kepada pelajar yang ingin menjalankan pembulian mereka terhadap pelajar lain.



Bak kata pepatah ‘tiada penyakit yang tiada penyembuhnya’.
Langkah-Langkah Mengatasi……..
• pihak kerajaan seperti Kementerian Pelajaran dan juga pihak sekolah harus
menitikberatkan isu kes buli ini dalam pelajaran di sekolah dengan melalui mata pelajaran tertentu seperti Pendidikan Moral, Pendidikan Islam, dan Pendidikan Sivik.
• ceramah atau kempen seperti kempen anti-buli juga boleh diadakan secara
berterusan di setiap sekolah.
• Aktiviti seperti kuiz tentang kes buli juga boleh dilaksanakan sebagai salah satu inisiatif dalam menangani masalah kes buli ini.
• memastikan bahawa pengawasan di setiap pelosok kawasan yang sunyi diperketat supaya tidak memberi sebarang peluang kepada mereka yang mempunyai keinginan untuk membuli mangsanya.
• menggalakkan para pelajar supaya menyertai Kelab Pencegah Jenayah di sekolah dengan aktif..
• pandai memilih kawan.
Contoh-Contoh Kes Buli Yang Berlaku……
1)Pelajar Maut Dibuli:5 Pelajar MTD Ditahan
KUALA LUMPUR: Lima pelajar Maktab Tentera Diraja (MTD) Sungai Besi hari ini ditahan polis berhubung siasatan kematian seorang pelajar yang dipercayai dibuli dan didera kelmarin.

Rabu lalu Seorang pelajar tingkatan empat di sini meninggal dunia selepas dibuli dan didera oleh pelajar senior maktab tersebut.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, seorang anggota tentera yang bertugas di MTD menerima maklumat bahawa pelajar terbabit pengsan di biliknya pada pukul 12.15 tengah malam tadi.

Beliau berkata, mangsa kemudian dikejarkan ke Pusat Perubatan Angkatan Tentera (PPAT) Kem Sungai Besi dan diberikan rawatan kecemasan selama 50 minit sebelum disahkan meninggal dunia.

Katanya, siasatan awal mendapati, mangsa sebelum tidak sedarkan diri iaitu pada pukul 10.45 malam tadi telah dikenakan hukuman tekan tubi.

“Semasa sedang melakukan tekan tubi itu, seorang pelajar MTD telah menendang perutnya sekali menyebabkan mangsa yang cuba berdiri dan berjalan menjadi tidak stabil.

“Pelajar itu kemudian terjatuh dan kepalanya terhentak ke lantai sebelum tidak sedarkan diri,” katanya memetik Utusan Online. sumber : MStar Online

Natijahnya, selagi masalah ini masih berleluasa, impian negara kita yang ingin melahirkan
satu bangsa yang bermartabat mulia dan berdaya maju akan tinggal sebagai khayalan
sahaja. Hasrat negara kita yang ingin mencapai Wawasan 2020 juga akan tinggal sebagai
angan-angan Mat Jenin semata-matanya. Hal ini kerana para pelajar merupakan aset negara
yang penting dan akan menerajui negara ini pada masa depan. Bak kata peribahasa Melayu
‘pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara’. Oleh itu, semua pihak haruslah sehilir semudik dan sehati sejiwa dalam usaha menangani masalah kes buli ini walaupun kita
terpaksa mengharungi liku-liku yang penuh dengan onak duri ini. Semoga berkat daya usaha
yang gigih, kita dapat melahirkan generasi muda yang dapat menjulang nama negara dan
mengangkat martabat bangsa dipersada dunia.


NURUL HUDYA BINTI KAMAL BASHAH
198288

No comments:

Post a Comment