Tuesday, September 21, 2010

JENAYAH RAGUT


Pengenalan
         Setiap hari kita akan mendengar pelbagai masalah mengenai ragut. Masalah ini semakin hari semakin parah. Jika kita mengkaji punca kes-kes jenayah dengan lebih teliti, kita akan mendapati terdapat banyak punca yang mengakibat berlakunya kes-kes jenayah ragut. Memang tidak dinafikan, media massa juga ialah salah satu punca kegiatan jenayah ragut. Masyarakat dapat melihat pelbagai cara untuk meragut dan sebagainya. Ini telah mendorong masyarakat untuk melakukan jenyah.

           Sacara tidak langsung, keselamatan seluruh masyarakat tidak terjamin. Menurut kajian, ramai pelancong asing yang menjadi mangsa kepada jenayah ragut ini. Bayangkan kesan kepada imej negara daripada kejadian jenayah yang melibatkan tetamu-tetamu kita sempena dengan Tahun Melawat Malaysia? Pastinya kesan mendalam akibat di ragut sedikit sebanyak memberi kesan jangka panjang kepada mangsa tersebut.

            Selain itu, bagi mangsa yang diragut, mereka akan menanggung kesengsaraan akibat kecerderaan fizikal dan masalah kesihatan di smaping mengalami trauma skibat gangguan mental dan emosi seperti rasa takut, tekanan perasaan dan rendah diri. Memandangkan kes semakin meruncing, undang-undang hendaklah diperketatkan. Masyarakat yang melakukan kegiatan jenayah berat seperti bunuh semasa proses meragut hendaklah dikenakan hukuman mati mandatori bagi memberikan pengajaran kepada orang lain.




Punca-punca dan langkah-langkah mengatasi jenayah ragut.

           Hari ini, masyarakat kita telah dikejutkan dengan pelbagai kes jenayah yang melibatkan pelajar dan remaja. Kejadian jenayah tersebut telah menggambarkan keseriusan kejadian jenayah di kalangan pelajar dan remaja. Semakin hari kes-kes jenayah ini semakin berleluasa. Isu ini sungguh memalukan memandangkan negara kita sekarang merupakan negara yang sedang pesat membangun. Persoalanmya, apakah punca-punca yang menyebabkan berleluasanya kegiatan jenayah di kalangan pelajar dan remaja dan apakah masalah ini dapat diatasi?

            Jika dikaji begitu banyak punca berlakunya kes-kes jenayah di kalangan remaja. Antaranya ialah didikan yang kurang sempurna daripada ibu bapa dan keluarga. Ibu bapa ialah orang yang paling dekat dan yang paling penting dalam pembentukan peribadi dan sahsiah di kalangan anak-anak. Pada zaman teknologi maklumat dan globalisasi sekarang, mereka sentiasa sibuk bekerja dalam mengisi tuntutan kebendaan sehingga mereka lupa akan tanggunjawab hakiki mereka iaitu mendidik dan mengajar anak-anak menjadi insan yang  sempurna. 

             Pengaruh rakan sebaya juga merupakan punca berleluasanya kegiatan jenayah di kalangan pelajar dan remaja kerana mereka lebih banyak menghabiskan masa di sekolah dan suka mencari rakan sebaya untuk menemani mereka. Jika mereka memilih rakan yang tidak bermoral sudah pasti mereka juga akan berkelakuan tidak bermoral.


              Selain itu, media massa juga menjadi punca kegiatan jenayah di kalangan remaja. Tidak dinafikan kemudahan seperti Internet, e-mail, televisyen, dan radio memudahkan kita untuk berkomunikasi, mendapat maklumat, dan berhibur. Akan tetapi terdapat banyak kesan-kesan negatif dalam kemudahan ini. 

             Namun begitu, segala jenayah di atas dapat diatasi jika diberi perhatian dan pendekatan yang lebih diberikan kepada remaja-remaja tersebut. Contohnya, ibu bapa hendaklah memberikan perhatian yang lebih kepada anak-anak. Pendidikan agama dan nilai-nilai murni mestilah diterapkan supaya anak-anak dapat menilai antara perkara baik dan buruk.

               Remaja juga haruslah pandai memilih rakan sebaya kerana sememangnya remaja mudah terpengaruh dengan kawan-kawan mereka. Di sini, ibu bapa mesti tahu dengan siapa anak mereka berkawan.
Pengaruh media massa juga hendaklah dibendung. Pelajar bukan sekadar perlu mengetahui maklumat-maklumat yang berkaitan tentang pelajaran, malah juga perlu menghadiri kem-kem motivasi dengan beragresif untuk membina watak-watak dan sahsiah diri yang mengkagumkan. Cara sebegini dapat menghasilkan pelajar bermaklumat sekaligus dapat membendung jenayah di kalangan remaja.

                 Undang-undang hendaklah diperketatkan. Remaja bawah umur yang melakukan kegiatan jenayah berat hendaklah dikenakan hukuman yang mandatori bagi memberi pengajaran kepada remaja-remaja.
Kesimpulannya, pelajar- pelajar haruslah didedahkan kepada isu-isu semasa, kempen-kempen, khemah kerja, motivasi dan sebagainya bagi menyedarkan merekalah generasi pemangkin negara. Sekaligus, perkara sedemikian dapat memberi pengajaran kepada mereka. Golongan tersebut juga perlu mengetahui bahawa segala kes jenayah akan merosakkan masa depan mereka.

Siti Nurul Hasanah Bt. Che Mansor.
                        198232                      

4 comments: