Tuesday, September 21, 2010

PENDERAAN


Penderaan mumpunyai maksud yang luas,menurut Gelles(1972) penderaan boleh didefinisikan sebagai suatu perbuatan yang bertujuan untuk menyakiti individu lain secara fizikal. Menurut Lewinson(1989) beliau menganggap penderaan sebagai keganasan yang kebiasaannya dilakukan terhadap golongan kanak-kanak dan wanita. Corak penderaan termasuklah menampar,memukul,menumbuk dengan niat pelaku untuk mencederakan mangsa. Selain itu,penderaan juga boleh dibahagikan kepada dua iaitu secara amali dan lisan. Penderaan dari segi amali seperti memukul,menampar,membaling dengan sesuatu objek,menendang,atau menggunakan senjata seperti pisau,kayu,dengan niat untuk mencederakan mangsa. Manakala, penderaan dari segi lisan pula ialah penderaan yang dilakukan keatas mangsa dengan memberikan impak yang besar seperti mencaci,mengeluarkan kata-kata kesat,mengejek dan sebagainya.



Terdapat  pelbagai jenis  penderaan yang berlaku di Negara ini seperti  penderaan kanak-kanak,penderaan suami kepada isteri,penderaan anak kepada ibu bapa,penderaan majikan kepada orang gaji dan banyak lagi jenis penderaan lain yang berlaku di negara ini.  Penderaan kanak-kanak adalah antara penderaan yang sering terjadi sebagai contoh pada 20.ogos.2007 seorang kanak-kanak yang bernama Nurin Jazlin Jazimin berumur 8tahun telah dilporkan hilang dan mayatnya telah ditemui   pada 20.september.2007 di dalam beg pakaian. Kemudian,Nurul Huda Abdul Ghani seorang kanak-kanak yang telah dicekik,dirogol dan diliwat di sebuah pondok keselamatan stesen jana kuasa TNB kg Rekajang,Gelang Patah,Johor.
               Kes penderaan ini berlaku disebabkan punca-punca berikut antaranya ialah hubungan pelaku dengan persekitaran,hubungan pelaku dengan mangsa,perbezaan umur pelaku dengan mangsa,tekanan jiwa yang dihadapi oleh pelaku,kurang didikan agama,masalah ekonomi pelaku yang menyebabkan pelaku akan bertindak mencedarakan mangsa untuk mendapatkan wang contohnya jenis penderaan anak kepada ibu bapa.

               Akibat daripada berlakunya penderaan,maka ia akan member impak yang besar terutamanya kepada mangsa. Antara imnpak yang akan dihadapi oleh mangsa adalah seperti menjadi takut,kurang keyakinan diri,menjadi seorang pendendam,mengalami tekanan emosi dan sebagainya.
            
              Ekoran daripada kes penderaan yang berleluasa ini eloklah sekiranya pihak kerajaan memperketatkan lagi undang-undang bagi mengurangkan kes penderaan ini. Selain itu,pihak lain juga perlu mengambil peranan seperti pihak NGO dengan mengadakan kempen,orang ramai dan pihak masyarakat supaya melaporkan kes-kes penderaan ini kepada pihak berkuasa sekiranya terdapat di tempat mereka.


NURHAMIZAN BINTI CHE KOB
197870

No comments:

Post a Comment