Tuesday, September 21, 2010

PEMERDAGANGAN MANUSIA

Pemerdagangan manusia adalah perdagangan dan perniagaan yang melibatkan pergerakan atau migrasi manusia secara haram, termasuk aktiviti buruh secara sah dan secara paksa. Istilah ini digunakan dalam konteks lebih sempit oleh kumpulan advokasi untuk merujuk kepada perekutan, pengangkutan, perlindungan atau pengambilan manusia bagi tujuan perhambaan, pelacuran dan buruh paksa.


Pengeksploitasian pemerdagangan manusia termasuk memaksa orang melakukan pelacuran atau bentuk ekspliotasi seks lain, buruh paksa, hamba atau amalan yang sama seperti perhambaan. Bagi kanak-kanak, eksploitasi termasuk untuk tujuan pelacuran, pengambilan anak angkat antarabangsa yang tidak sah, perkahwinan kanak-kanak, atau pengambilan kanak-kanak sebagai tentera, pengemis dan tujuan permainan atau untuk tujuan kegiatan keagamaan.


Malaysia yang terletak di tengah-tengah Asia Tenggara menjadi Negara transit lelaki, wanota dan kanak-kanak dariAfghanistan, Pakistan, Myanmar dan lain-lain Negara berhijrah ke Australia. Penduduk Malaysia yang teridiri dari kaum Melayu,Cina dan India memudahkan mereka menggunakan negara ini sebagai batu loncatan ke negara lain. Malaysia menjadi destinasi, sumber dan negara transit bagi penyeludupan wanita dan kanak-kanak.


Siasatan Tenaganita mendapati gadis yang diseludup akan dirogol, terdedah kepada dadah dan menghisap rokok ketika usia muda. Peraturan visa dan passport hendaklah diperketatkan. Banyak dokumen yang dipalsukan terutama umur mereka. Penyeludup menggunakan lanjutan (visa) untuk menyimpan orang yang diseludup di sesebuah Negara selama beberapa bulan dengan melanjutkan tempoh visa sebelum membawa mereka ke tempat lain. Permintaan tehadap gadis berumur antara 16 dan 24 tahun amat tinggi. Kerjaya sebagai pekerja seks sangat tinggi kerana pelanggan percaya mereka bebas daripada HIV.


Pada tahun 2007 Malaysia diletakkan pada tahap ketiga bagi kes ini. Malaysia telah menggubal Akta Anti-Penyeludupan Manusia 2007 bagi mengatasi masalah memperdagangkan manusia. Status Malaysia diturunkan kepada tahap kedua. Tetapi pada tahun 2009 telah dimasukkan semula dan dikelaskan pada tahap kedua. Dari tahun 2007-2008, seramai 33 mangsa suspek penyeludupan manusia diselamatkan oleh polis, imigrisen dan rela. Mereka ditempatkan di dua buah rumah perlindungan.



SITI SALWA BINTI SALIM
198046

No comments:

Post a Comment