Tuesday, September 21, 2010

MAT REMPIT

Fenomena “Mat Rempit” merupakan satu penyakit sosial yang telah mulai menular dan merebak dalam berbagai-bagai sektor kehidupan. “Mat Rempit” adalah istilah yang digunakan kepada penunggang motosikal yang terlibat dalam perlumbaan haram, biasanya dengan menggunakan motor kapcai atau skuter. “Mat Rempit” juga biasanya bergerak secara berkumpulan dan akan berlumba di tengah-tengah kota pada malam hujung minggu.

“Mereka” akan menampilkan aksi-aksi ngeri yang menyeronokkan dan sanggup melakukan apa sahaja demi untuk mendapatkan kepuasan dan pujian di atas segala keberanian yang telah ditonjolkan. “Mat Rempit” turut terlibat dalam kegiatan-kegiatan jenayah lain seperti samseng jalan raya, kaki pukul, kaki mabuk, kaki rogol, malah golongan ini juga sanggup membunuh.

Antara faktor mengapa virus “Mat Rempit” ini semakin menular dalam masyarakat hari ini ialah pertama, perasaan ingin mencuba. Naluri mereka yang kuat mendesak untuk melakukan sesuatu yang baru tanpa memikirkan risiko yang bakal mereka hadapi nanti. Kedua, terpengaruh dengan rakan-rakan. Mereka sering terikut-ikut dengan aksi rakan-rakan dan secara tidak langsung mereka akan cuba meniru dan berasa puas apabila berjaya melakukan aksi tersebut. Ketiga, kurang kasih sayang dan perhatian daripada ibu bapa. Mereka mengambil jalan mudah dengan mencari hiburan di luar bersama-sama rakan-rakan apabila ibu bapa tidak mencurahkan kasih sayang dan perhatian yang secukupnya kepada mereka.

Oleh itu, gejala “Mat Rempit” ini harus segera dibendung melalui beberapa jalan penyelesaian. Pertama, peranan dan tanggungjawab ibu bapa. Ibu bapa memainkan peranan penting dalam mengawal segala tindak-tanduk anak mereka agar tidak terlibat dalam gejala yang tidak sihat ini. Luangkan sedikit masa dengan mendengar segala luahan isi hati mereka. Kedua, penguatkuasaan undang-undang yang lebih efektif. Undang-undang yang sedia ada mungkin belum cukup untuk menggerunkan mereka dan harus memperketatkan lagi undang-undang yang sedia ada. Ketiga, dekati mreka dengan berhemah dan hikmah. Mungkin dengan sesi kaunseling dan kata-kata motivasi yang diberikan, mereka akan berasa lebih dihargai dan mendapat perhatian yang secukupnya dari pelbagai pihak.

Justeru, kita tidak boleh terlalu menyalahkan dan menuding jari kepada mereka. Dekatilah mereka secara matang dan profesional. Mereka akan berasa lebih dihargai dan mendapat perhatian dari pelbagai pihak. Bantulah mereka dalam mencari jalan keluar yang sebenar-benarnya.

NORZIELAIKA BINTI AZAHARI
198043

1 comment:

  1. titanium tube - baojititanium.blogspot.com
    This one can be used as a 부산광역 출장안마 base to 인천광역 출장안마 use my new 2nd piece. In the end, I've used 울산광역 출장마사지 it as 순천 출장마사지 my 1st layer. This means my baoji titanium body is ready to

    ReplyDelete