Wednesday, September 22, 2010

JENAYAH PEMBUNUHAN


         
            Pembunuhan didefinisikan sebagai satu tindakan untuk menghilangkan nyawa seseorang dengan cara yang melanggar hukum maupun yang tidak melawan hukum. Pembunuhan biasanya dilatarbelakangi oleh bermacam-macam motif, misalnya politik, kecemburuan, dendam, membela diri dan sebagainya. Ia dapat dilakukan dengan pelbagai cara. Yang paling umum adalah dengan menggunakan senjata api atau senjata tajam. Selain itu, pembunuhan juga dapat dilakukan dengan menggunakan bahan peledak seperti bom. Pada hari ini, kita dapat melihat pembunuhan berlaku secara berleluasa di sana sini, dengan pelbagai cara dan motif yang tersendiri. Malah, kadangkala terdapat jua pembunuhan yang dilakukan tanpa mempunyai sebarang motif yang jelas. Mengapa perkara sebegini boleh berlaku?
Antara faktor terjadinya pembunuhan adalah :
1.      Kandungan Serotonin yang rendah menyebabkan ketidakseimbangan dalam aktiviti celebral korteks.Ini mengakibatkan sikap garang,agresif.  
2.      konflik berlaku atau kehilangan atau perubahan dalam hubungan sosial.Reaksi keterlaluan akibat ketidakupayaan untuk mengendalikan emosi kerap kali di ikuti aktiviti agresif untuk membunuh untuk membalas dendam.
3.      Fikiran terpesong,sikap positif yang terhad,suka mengasingkan diri,antisosial dan sering dimalukan di khalayak ramai menyebabkan ketidakseimbangan mental dan emosi.
4.      faktor faktor lain ialah:
a) Menghidapi penyakit mental
b) Kekurangan sumber penting untuk kehidupan
c) Peperangan yang kerap wujud memberi salah sangka kepada orang lain bahawa
    nyawa adalah tidak bernilai
d) Peniruan siri pembunuhan yang ditayangkan di kaca televisyen.
e) Pegangan agama yang rendah.
            Di dunia ini, tiada satu pun agama yang menyeru kepada kejahatan, baik Islam, Buddha, kristian dan sebagainya. Oleh itu, setiap orang seharusnya berpegang kepada agama sebagai rujukan sebelum melakukan sesuatu tindakan. Malah, di dalam Al-Quran, Allah berfirma
 “Dan tidak layak bagi seorang mukmin membunuh seorang mukmin (yang lain), kecuali karena tersalah (tidak sengaja), dan barang siapa membunuh seorang mukmin karena tersalah (hendaklah) ia memerdekakan seorang hamba sahaya yang beriman serta membayar diat yang diserahkan kepada keluarganya (si terbunuh itu), kecuali jika mereka (keluarga terbunuh) bersedekah. Jika ia (si terbunuh) dari kaum yang memusuhimu, padahal ia mukmin, maka (hendaklah si pembunuh) memerdekakan hamba-sahaya yang mukmin. Dan jika ia (si terbunuh) dari kaum (kafir) yang ada perjanjian (damai) antara mereka dengan kamu, maka (hendaklah si pembunuh) membayar diat yang diserahkan kepada keluarganya (si terbunuh) serta memerdekakan hamba sahaya yang mukmin. Barang siapa yang tidak memperolehnya, maka hendaklah ia (si pembunuh) berpuasa dua bulan berturut-turut sebagai cara tobat kepada Allah. Dan adalah Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana”
                                                                                                                        (An-nisa’ ayat 92)
Permasalahan ini hendaklah dicari jalan penyelesaiannya secepat mungkin. Ini adalah kerana seandainya pembunuhan ini dibiarkan tanpa adanya tindakan tegas yang diambil, maka kita perlu bersedia untuk menghadapi pelbagai kemungkinan buruk yang akan berlaku. Malah,nagara tidak lagi akan berada dalam keadaan aman dan damai. Disini, terdapat beberapa kesan daripada pembunuhan.
·         Kurang atau tiada kesan yang mendalam terhadap ekonomi,politik,sosioekonomi,dan keutuhan sesebuah negara
·         Keluarga mangsa hidup menderita dan sentiasa mengenang detik-detik bahagia bersama
·         Keluarga Pembunuh sentiasa dihina oleh orang ramai
·         menunjukkan tahap pemikiran masyarakat masih rendah dan tidak berupaya menyelesaikan masalah secara rasional
           Dengan cara mendedahkan risiko yang perlu dihadapi sekiranya melakukan pembunuhan sahaja adalah tidak cukup untuk menyedarkan masyarakat kita pada hari ini tentang akibat melakukan pembunuhan. Jika diteliti kembali, masyarakat hari ni teramatlah kejam sehingga sanggup membunuh insan yang tidak berdosa dengan begitu kejam dan dasyat. Malah, yang lebih memilukan lagi,ada pula yang sanggup meragut nyawa ibu, bapa,adik-beradik serta saudara sendiri tanpa ada sekelumit rasa kemanusian.Oleh itu, langkah-langkah mengatasi masalah ini perlulah segera diambil. Antara langkah-langkahnya ialah :
ü  mengenal pasti mereka yang berpotensi tinggi untuk melakukan pembunuhan tetapi ciri-ciri ini ialah amat abstrak dan sukar difahami serta diketahui.
ü  Hubungan sosial(rakan,keluarga,DLL)yang erat,suami isteri saling memahami,bertolak ansur dan sentiasa berkongsi masalah
ü  Pegangan agama yang Tinggi
ü  mengetahui bahawa membunuh bukan cara untuk menyelesaikan masalah
ü  Penggunaan ubat bagi pesakit mental yang mempunyai gejala-gejala ingin membunuh
ü  penggunaan khidmat nasihat pakar psikiatri
ü  peningkatan taraf hidup masyarakat
ü  Pendidikan






Contoh kes pembunuhan yang berlaku hari ini.


Empat beranak dibunuh dengan kejam dan mayat mereka ditemui berlumuran darah di dua rumah yang terletak bersebelahan di Kampung Batang Rokan, kira-kira enam kilometer dari Gemencheh semalam.

Mereka ialah imam masjid kampung berkenaan Atan Daud, 90, isterinya Sutiah Katas, 80, menantu pasangan itu Ismail Awang, 76, dan cucu mereka Siti Khatijah Ismail, 22.

Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Osman Salleh berkata mayat keempat-empat mereka ditemui pada kira-kira pukul 3.30 petang oleh adik Siti Khatijah yang baru pulang dari sekolah.

"Tiga mayat ditemui dalam keadaan terbaring di ruang tamu dalam rumah imam itu, manakala mayat Siti Khadijah ditemui di ruang tamu rumah bersebelahan.

"Mayat Ismail Awang ditemui dalam keadaan putus kepala sementara anaknya Siti Khadijah ditemui dengan pisau masih terpacak di dada, manakala Atan dan Sutiah ditemui dengan kesan tetakan pada tangan, seolah-olah mempertahankan diri daripada serangan," katanya pada sidang akhbar semalam.

Beliau berkata polis menemui senjata yang dipercayai digunakan dalam kejadian itu di sekitar kawasan rumah terbabit.
"Polis percaya serangan itu berlaku pada sebelah pagi dan kami akan berusaha memastikan mereka mendapat pembelaan. Ia perbuatan kejam yang berlaku dalam sebuah keluarga," katanya.

Osman berkata polis kini mencari cucu lelaki imam itu yang dikenali sebagai Rashidi Ismail, 34, dengan nombor kad pengenalan 760315-05-5025 bagi membantu siasatan.

Lelaki itu didapati hilang bersama motosikal Suzuki berwarna biru bernombor plat BAY 2805, katanya.

Sementara itu ketua kampung Bukit Rokan, Jamaluddin Biee berkata imam berkenaan tinggal di kawasan yang agak terpencil dalam kawasan ladang getah itu, bersebelahan dengan rumah menantunya.

Kes pembunuhan itu menggemparkan penduduk berdekatan menyebabkan ratusan orang sanggup berhujan dan berjalan sejauh 300 meter dari jalan raya melalui kawasan ladang getah dan belukar yang gelap gelita untuk ke tempat kejadian.

Unit anjing k9 dan pasukan forensik dari Seremban berada di tempat kejadian.

- Bernama




KUALA LUMPUR 22 Dis. – Belum pun kematian Allahyarham Nurin Jazlin Jazimin dua tahun lalu luput daripada ingatan masyarakat – hari ini seorang lagi kanak-kanak perempuan menjadi mangsa pembunuhan kejam.
Mayatnya dengan kesan leher dijerut ditemui di ibu negara kira-kira pukul 11.30 pagi ini.
Lebih sadis lagi, mayat kanak-kanak malang tersebut ditemui terapung dipercayai dicampak dalam kolam tadahan banjir di Kampung Boyan, Lorong Gurney di Jalan Semarak di sini.
Mangsa berumur dalam lingkungan 11 hingga 13 tahun dipercayai dirogol. Mayatnya ditemui dalam keadaan separuh bogel.
Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan berkata, kanak-kanak itu yang berkulit gelap mempunyai ketinggian kira-kira 1.2 meter.
Ketika ditemui, kata beliau, mangsa hanya memakai baju tidur tanpa seluar dalam.
Menurut Zakaria, siasatan awal mendapati, leher mangsa telah dijerut ketat dengan sehelai kain.
“Mayat kanak-kanak itu dipercayai dicampak ke kolam tersebut dalam tempoh 24 jam lalu. Selain kain itu, kita tidak menemui objek lain yang boleh dikaitkan dengan pembunuhannya,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau berkata, mayat kanak-kanak malang itu yang ditemui oleh tiga pekerja Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dikeluarkan dengan bantuan skuad penyelamat pihak berkuasa tempatan itu.
Menurut Zakaria, identiti mangsa masih belum diketahui dan polis menyiasat kes ini mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Tambahnya, mayat dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat dan polis akan memperincikan siasatan selepas laporan bedah siasat diterima.
Sehubungan itu, beliau meminta sesiapa yang kehilangan anak perempuan supaya segera menghubungi balai polis berdekatan.

NOR BAITI BINTI MOHAMED ABD. KODIR
 198229

No comments:

Post a Comment